MUTIARA KATA:

  • "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
  • "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"
  • "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
  • "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"
  • "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"
  • "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"                               
INFORMATION:
  • Kepada member2 yang sedang ojt selamat menjalankan tugas anda.
  • Harap semua kawan2 dapatlah sentiasa aktif dalam laman ni supaya senang untuk kita memilih siapa yang layak untuk diberi tugas sebagai moderator.
  • Dekat sini aku telah membuat satu ruang untuk korang buat profile korang sendiri
  • Klik pada link ini.. http://kawankita88.ning.com/ korang boleh buat profile seakan2 myspace @ tagged.. tp tak la terlalu advance sangat..
  • Ni dia sesapa nak contoh buku yg pn bentangkan aritu.. download link dibawah ni.....

:: Tazkirah :: ...:: Tazkirah ::...:: Tazkirah ::

Posted on 29 aug 2010 by Owner  |  Filed under templates, internet with Comments 7


Tajuk: Puasa Benteng Daripada Azab Neraka
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Puasa itu adalah perisai dan benteng yang teguh daripada dikenakan azab neraka. (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal).

Huraian:
Ada pelbagai pendapat 'ulama' dalam menjelaskan maksud puasa itu adalah perisai. Ada yang mengatakan puasa itu menjaga orang yang berpuasa daripada segala hasutan syahwat yang boleh merosakkannya. Ada pula yang berpendapat puasa itu sebagai pelindung dari segala dosa atau dari api neraka atau kedua-duanya. Ada juga pendapat yang mengatakan puasa itu boleh mendapatkan pahala dan menggandakan kebajikan. Semua pendapat di atas tidak salah dan tidak bertentangan di antara satu sama lain. Malah kita dapat simpulkan bahawa puasa itu adalah penghalang daripada segala dosa, perkara membatalkannya dan mengurangkan pahala puasa. Semua ini adalah penyekat daripada azab neraka.

Page 1 of 2     1 2 »

Lamankita88


Salin Link Di Bawah Untuk
mempromosikan lamankita Di Web Anda

 

 

Image Gallery